SHAH ALAM 3 FEB : Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel) menjangkakan Calon Pilihan Raya Kecil DUN Kajang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu memperolehi majoriti yang lebih besar berbanding PRU-13 lepas.
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya (Umcedel), Prof Datuk Dr Mohammad Redzuan Othman, berkata isu dalaman yang berlaku dalam PKR tidak akan mempengaruhi undi kepada Ketua Umum PKR itu.
Katanya, kehadiran pemimpin itu sebagai calon di DUN Kajang adalah penyelesaian kemelut isu terbabit.
"Isu krisis dalaman parti itu tidak memberi kesan kepada pengundi di Kajang, malah beliau akan menang dengan majoriti yang besar.
"Mengikut kajian sejak 1999, pilihanraya adalah perkara yang ditunggu rakyat, tidak ada soal tidak suka atau sebaliknya," katanya memetik laporan Umdecel.
Dalam laporan itu juga memaklumkan, isu dalaman PKR perlu diselesaikan segera sebelum Pilihan Raya Umum ke 14 akan datang.
Beliau berkata tindakan terbabit juga membabitkan Putrajaya, sehubungan itu wajar meletakkan Anwar di DUN Kajang untuk menyelesaikan kemelut yang akan mencetuskan pelbagai masalah di negeri itu masa depan.
Anwar diumumkan menjadi calon DUN Kajang oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas Adunnya, Lim Chin Cheh meletak jawatan.
Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lepas, PKR menang kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.
DAP takkan serah mana-mana kerusi dalam KL kepada BN
6 minutes ago
0 comments:
Post a Comment