Wednesday, 27 March 2019

Lokman Noor Adam Akan Didakwa Esok




KUALA LUMPUR, 27 Mac : Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam akan didakwa di mahkamah esok susulan insiden beberapa penuntut Universiti Malaya (UM) dikasari di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini baru-baru ini.

Lokman yang mengesahkan perkara itu melalui laman sosial Facebooknya berkata beliau menerima surat pertuduhan hari ini dan diminta hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, 9 pagi esok.

Katanya, Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Datuk Mutalif Abdul Rahim serta dua lagi individu juga akan dituduh berhubung kes itu.

“Saya dikatakan akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaaan yang akan dibaca bersama Seksyen 149 Kanun Keseksaan di mana kononnya saya telah mendatangkan kecederaan (kepada salah seorang mahasiswa),” katanya.

Jumaat lepas, tercetus insiden tolak menolak antara mahasiswa UM dan penyokong bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sebuah perhentian bas di Pantai Baharu, di sini.



Semasa kejadian, Najib sedang menyampaikan ucapan kepada sekumpulan pelajar di sebuah restoran terletak berhadapan perhentian bas berkenaan.

Polis mengesahkan menerima 12 laporan berikutan insiden itu.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP