Tuesday 3 September 2013

PANAS - Pendaftaran Pertubuhan Luluskan 3 Kumpulan Kongsi Gelap

Datuk Saifuddin Nasution Ismail membidas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang mudah meluluskan tiga kumpulan kongsi gelap, tetapi sehingga hari ini Pakatan Rakyat (PR) dihalang dengan pelbagai cara daripada didaftarkan.

Setiausaha Agung PKR itu yang juga wakil sekretariat PR, mendakwa RoS tidak memberikan kerjasama untuk membantu mereka sejak permohonan kali pertama dibuat pada 2009 sehingga kini.


"Kita sedia maklum RoS baru-baru ini mengakui terdapat tiga kumpulan kongsi gelap yang berdaftar dengan mereka, jadi saya ingin menyoal mereka.

"Mengapa begitu mudah tiga kumpulan kongsi gelap mendapat kelulusan daripada RoS, tetapi tidak dengan pendaftaran Pakatan Rakyat? Kami bukannya gengster atau penjenayah," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Saifuddin berkata, RoS juga tidak pernah menghantar surat atau notis kepada PR mengenai status pendaftaran yang dibuat, serta membidas agensi itu yang menggunakan media sebagai saluran menyampaikan berita mengenai perkara tersebut.

"Semua maklumat yang kami perolehi hanya menerusi media massa, mereka tidak pernah menghantar surat mahupun notis kepada kami untuk memberitahu status permohonan lama.

“Adakah sukar untuk menghantar surat kepada kami," katanya.

Semalam, media melaporkan RoS menolak permohonan PR kerana mereka hanya pernah memohon sekali sahaja dan tidak pernah membuat tindakan susulan.

Malah, Ketua Pengarah ROS Datuk Abdul Rahman Othman berkata, pihaknya tidak dapat memproses kelulusan buat masa ini kerana PR menukar pucuk pimpinan sejak 2009, namun tidak memaklumkan status terkini mereka kepada RoS.

~the malaysian insider


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP