SHAH ALAM – Sama ada mampu atau tidak mengenepikan bayangan bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Mukhriz Mahathir dilihat mampu berdiri sendiri dan memberi saingan sengit untuk memenangi jawatan Naib Presiden Umno dengan prestasi yang ditunjukkan sepanjang karier politiknya.
Penganalisis politik, Prof Dr Shamsul Adabi Mamat berkata, Mukhriz layak untuk bertanding jawatan tersebut kerana memenuhi landskap politik semasa di dalam Umno.
Menurutnya, ketokohan dan kredibiliti yang ditunjukkan Mukhriz semasa menganggotai Kabinet juga salah satu kekuatan sehingga layak untuk dipilih sebagai naib presiden parti itu.
“Kekuatan Mukhriz ini sebab beliau kompeten kepada tuntutan politik semasa yang mahu tokoh muda dan imej bersih untuk meremajakan Umno.“
Beliau juga ada ketokohan dan rekod yang baik dalam Umno yang boleh menjadi indikator baru pada parti,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.
Mengikut laporan media, jawatan Presiden Umno bakal menyaksikan persaingan enam penjuru di mana tiga penyandang sedia ada dan tiga calon baru termasuk Mukhriz.
Calon yang menawarkan diri untuk bertanding dan mempertahankan jawatan dilihat lebih “berpengalaman” dalam bidang politik seperti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Seri Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad berbanding Mukhriz.
Dalam pada itu, Dekan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani turut menyenaraikan tiga kekuatan Mukhriz yang melayakkannya memenangi jawatan tersebut.
Katanya, meskipun Mukhriz tidak boleh lari daripada bayangan Dr Mahathir namun kehebatannya menjaga “track record” penyumbang untuk kemenangan dalam perebutan itu.
Azizuddin berkata, kejayaan Mukhriz yang selaku Menteri Besar Kedah membawa senario baru dalam pentadbiran juga bakal meraih sokongan penuh daripada ahli Umno di negeri tersebut.
“Beliau yang jadi timbalan menteri sebelum ini dapat mengekalkan imej bersihnya dengan tidak mengamalkan politik wang, rasuah dan sebagainya.
“Selain itu, Mukhriz juga dilihat mampu mengalahkan calon lain kerana kepercayaan yang diberikan serta kasih sayang terhadap Tun Mahathir yang ditunjukkan rakyat negeri itu pada PRU lalu di mana Mukhriz dipilih menjadi Menteri Besar,” jelasnya.
Selain itu, Timbalan Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Prof Dr Jayum Jawan berkata, kehebatan Mukhriz adalah prestasinya yang ‘negatif’.
Katanya, ini kerana Ahli Parlimen Jerlun itu tidak pernah mempunyai jawatan yang mencabar dalam Umno selain pernah menjadi timbalan menteri dan timbalan ketua Pemuda.
“Dia orang baru, dia ada rekod ‘negatif’ dalam Umno, orang tak tahu lagi apa prestasi dia dalam parti.“Itu kelebihan dia sebab rekod ‘negatif’ (tak ada rekod),” jelasnya.
Beliau turut berkata, calon baru yang lain juga tidak begitu menonjol akan memberi kelebihan kepada Mukhriz untuk merebut jawatan tersebut.
“Yang ada tiga orang penyandang lama dan dua calon baru pun tak hebat sangat, tak menonjol sangat,” tambahnya.
“Beliau juga tak boleh nak ketepikan pengaruh bapanya, Tun Mahathir bagi memastikan kemenangannya, beliau perlu bangga sepatutnya,” kata Jayum.
Proses penamaan calon pemilihan Umno 2013 berlangsung serentak di seluruh negara semalam, menyaksikan buat pertama kalinya kaedah pemilihan baharu yang lebih telus dan demokratik digunakan parti itu.
Sunday, 22 September 2013
Mukhriz Hanya Menumpang Aura Mahathir
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment