Wednesday, 11 September 2013

Rakaman sahkan tiada permohonan maaf guru besar SK Seri Pristana

Rakaman audio mengesahkan tiada sebarang permohonan maaf dibuat Guru Besar SK Seri Pristana, Mohd Nasir Mohd Nooh (gambar) terhadap insiden pelajar bukan Islam makan di bilik persalinan sekolah berkenaan ketika bulan Ramadan lalu.

Rakaman pertemuan antara guru besar dan ibu bapa murid sekolah berkenaan kata kakitangan sekolah jelas menunjukkan perkara itu.


"Rakaman itu boleh membuktikan bahawa guru besar tidak meminta maaf ... semua akhbar silap," kata kakitangan yang enggan mendedahkan identitinya.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SK Pristana, Hussein Mohd Ariff, mengesahkan perkara itu kerana beliau turut hadir dalam pertemuan yang dibuat Isnin lalu.

"Setakat yang saya ingat, guru besar tidak meminta maaf ... mungkin ibu bapa salah faham," kata Hussein dipetik dari portal Malaysiakini.

Mohd Nasir dikatakan membuat permohonan maaf atas insiden berkenaan, lapor Setiausaha Malaysian Tamilan Today, K Gunasekaran.

Perkara itu bagaimanapun dinafikan Mohd Nasir dan menegaskan beliau tidak pernah membuat permohonan maaf kepada keluarga yang membuat laporan terhadapnya.“Saya tidak buat apa-apa kesalahan, jadi tidak perlu memohon maaf,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim, yang berjumpa dengan Mohd Nasir dan guru sekolah berkenaan pada Rabu lalu, turut hadir di mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) itu. Mahmud mencadangkan supaya seorang pegawai daripada jabatan pendidikan ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai pemerhati sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan.

Sekolah itu dilanda kontroversi selepas seorang ibu prihatin, Guneswari Kelly, memuat naik gambar murid bukan Islam makan dalam bilik persalinan pada waktu rehat pada Ramadan.Gambar itu tersebar dalam internet dan menyebabkan kemarahan orang awam.

Berikutan itu, 18 laporan polis dibuat terhadap sekolah itu dan guru besarnya sementara sekolah membalas dengan turut membuat empat laporan polis, mendakwa guru besar dan beberapa guru diugut.

Guneswari dan dua lagi ibu bapa murid bukan Islam menukarkan anak masing-masing ke sekolah lain selepas terdapat aduan mengenai buli dan intimidasi yang dilakukan guru serta murid lain selepas isu itu hangat diperkatakan pada Julai lalu.

Sekurang-kurangnya 10 murid bukan Islam lain dilaporkan mereka juga akan menukarkan anak masing-masing ke sekolah lain.

Turut dilaporkan bahawa guru besar terbabit membenarkan anggota polis masuk ke dalam sekolah dan menebual beberapa murid berhubung laporan polis. Ini menimbulkan kemarahan ibu bapa yang mendakwa anak mereka trauma selepas disoal polis. – 11 September, 2013.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP