Friday, 13 September 2013

Harga Kereta Di Malaysia Kedua Tertinggi Di Dunia

Rakyat tidak boleh berkompromi apabila kerajaan BN menaikan harga minyak sedangkan mereka terpaksa membayar "lebih kurang sekali ganda" cukai kereta berbanding rakyat negara lain, kata ahli parlimen Pandan Rafizi Ramli.

Mengulas laporan akhbar The Edgeberhubung harga kereta di Malaysia adalah kedua tertinggi di dunia, Rafizi menyifatkan perkara itu "tidaklah mengejutkan".


"Struktur cukai kereta yang melampau tingginya menyebabkan rakyat Malaysia terpaksa membayar harga lebih kurang satu kali ganda lebih mahal berbanding rakyat negara lain.

"Sebab itu rakyat tidak boleh berkompromi apabila Barisan Nasional menaikkan harga minyak kerana ia tidak adil di kala cukai yang dikenakan ke atas kereta adalah antara yang tertinggi di dunia," katanya.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP