Kes terbabit memberi impak hebat kepada India dan melancarkan bantahan menuntut keselamatan yang lebih baik untuk wanita serta keadilan untuk pelajar malang tersebut.
Akshay Thakur , Pawan Gupta, Vinay Sharma dan Mukesh Singh dijatuhi hukuman gantung sampai mati di mahkamah pantas di Delhi hari ini.
Nuffnang Malaysia | The World's Leading Blog Advertising ...
Hakim berkata bahawa ia adalah kes ini jarang berlaku dan berhak diberi hukuman mati.
Empat perogol terbabit dijangka akan mengemukakan rayuan terhadap hukuman itu di Mahkamah Tinggi.
Vinay Sharma terduduk ketika hukuman dibacakan dan peguam bela mereka mendakwa bahawa penghakiman itu telah dibuat di bawah tekanan politik.
Ibu bapa pelajar tersebut telah berkali-kali menuntut hukuman mati bagi orang-orang yang membunuh anak perempuan mereka.
Dalam kejadian 16 Disember lalu, mangsa bersama teman lelakinya diserang keempat-empat suspek terbabit ketika sedang menaiki bas untuk pulang ke rumah selepas menonton wayang.
Menurut laporan polis, teman lelaki mangsa cedera parah kerana dipukul dengan batang besi. Manakala mangsa wanita mengalami kecederaan dalaman yang teruk selepas dirogol dan dipukul dengan senjata yang sama.
Mangsa kemudian dicampak di tepi jalan dalam keadaan bogel. Dua minggu selepas itu, mangsa meninggal dunia ketika dirawat di sebuah hospital di Singapura.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment