Kok dalam kenyataan medianya hari ini menyebut, Mukhriz menunjukkan sikap tidak wajar apabila menyatakaan bahawa beliau tidak akan melayani permintaan dari sekolah Cina di Kedah.
"Mukhriz perlu menerima bahawa pengundi berhak untuk memilih siapa yang mereka mahu sokong dan beliau perlu sedar bahawa pengundi Cina juga merupakan pembayar cukai.
"Maka diskriminasi ke atas masyarakat Cina dan sekolah Cina adalah amat tidak adil, tidak demokratik dan tidak boleh diterima," katanya.
Calon naib presiden Umno itu pada 24 September memberitahu pemberita di Shah Alam bahawa pentadbirannya akan menunpukan pada sekolah kebangsaan kerana beliau tidak dapat mengabaikan golongan yang memilih BN di Kedah.
“Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu.
“Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain,” katanya seperti dipetik dalam laporan Free Malaysia Today.
Kok berkata Mukhriz sebelum ini juga telah menimbulkan saranan agar sekolah vernakular digantikan dengan sekolah aliran tunggal untuk memupuk perpaduan.
"Saya nak beritahu pada dia, bahasa atau vernakular bukan penyebab polarisasi kaum, tetapi kerajaan yang tidak adil adalah penyebabnya.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment