Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu
KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan baru-baru ini adalah untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan.
Menurutnya, ini adalah sebuah inisiatif yang baik yang diambil oleh Perdana Menteri bagi memberi keutamaan pada golongan bawahan iaitu membantu golongan miskin.
“Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter pada RON 95 dan 80 sen untuk diesel, dengan itu kenaikan harga sebanyak 20 sen bukanlah sebuah masalah yang besar bagi pengguna.” katanya.
Dalam pada itu Sairin berkata, pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu kenaikan harga minyak ini untuk mengapi-apikan masyarakat supaya rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional.
Tambahnya, kerajaan telah membuat perancangan jangka panjang apa yang harus dilakukan dalam pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat, namun begitu apa yang pembangkang lakukan mereka hanya tahu menghasut rakyat dan membuat huru hara dilaman sosial dengan menyebarkan maklumat yang membangkitkan kemarahan rakyat.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Keningau dan Tenom di Kompleks Sukan Daerah dekat sini, kelmarin.
Sairin berkata, saya yakin dan percaya, rakyat masih mendengar nasihat dan pandangan kerajaan. Rakyat tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk mereka percaya.
“Kerajaan adalah untuk rakyat dan rakyat adalah untuk kerajaan, daripada pemahaman ini wujud situasi menang-menang, iaitu kerajaan membantu rakyat dan rakyat membantu kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang harmoni,” jelasnya
~New Sabah Times
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment