Kumpulan tersebut berhimpun pada kira-kira jam 10.30 pagi di kawasan yang digelar ‘Taib Mahmud Court’ itu.Ia dinamakan demikian pada Disember 2008 sebagai memperingati “sokongan besar dan usaha yang tidak mengenal penat lelah untuk mempromosi dan mengukuhkan hubungan antara Austalia dan Malaysia”, menurut satu tulisan dalam penerbitan kampus tersebut, Adelaidean.
Taib yang juga alumni Adelaide Universituy diketahui membuat sumbangan berjumlah berbilion dolar kepada kampus tersebut.Bagaimanapun, siswa yang membuat bantahan hari ini menyeru agar pihak universiti menjauhkan diri dari “wang darah” Taib.
Satu gambar yang dimuatkan di Facebook pagi ini menunjukkan kira-kira 40 orang berhimpin dengan kain rentang besar bertulis: Katakan tidak pada Laman Taib Mahmud dan wang darahnya di Adelaide University”.
Kumpulan berkenaan sebelum ini menyatakan di Facebook bahawa mereka membantah kerana “enggan menerima bahawa pendidikan mereka... dibiayai oleh penderitaan orang, hutan dan binatang.
”Siswa berkenaan menyatakan bahawa mereka tidak mahu Taib Mahmud, serta rangkaian atau syarikat terlibat mempunyai hubungan dengan pendidikan tinggi di Australia Selatan.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment