Friday, 13 September 2013

Anwar Akan Rungkai Projek IC Palsu Sabah Minggu Depan

SHAH ALAM - Kontroversi 'projek IC' di Sabah yang didakwa didalangi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mungkin bakal terurai apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim sedia untuk memberi keterangan dalam kes itu.

Pejabat ketua pembangkang menerusi satu kiriman SMS kepada sebuah portal mengesahkan, Anwar bakal memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.


"Datuk Seri akan beri statement (keterangan) minggu depan," menurut SMS itu.

Nuffnang Malaysia | The World's Leading Blog Advertising ...

Semalam, Dr Mahathir mendakwa, bekas timbalannya itu pasti mengetahui jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dikeluarkan secara rasmi oleh kerajaan.

Beliau menegaskan, pemimpin PR itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada RCI berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Sinar Harian

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP