Sunday 15 September 2013

Harun Taib Saran Pas Keluar Pakatan

Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mencadangkan PAS supaya mengkaji semula kerjasama politik (tahaluf siyasi) dalam Pakatan Rakyat berdasarkan garis panduan syura berikutan pengaruh parti itu dilihat semakin lemah.

Beliau berkata ia wajar berikutan kebelakangan ini berlaku pelbagai perkara yang melemahkan PAS selain merosakkan hubungan dalam tahaluf siyasi sendiri, lapor Sinar Harian hari ini.


"Saya harap PAS Pusat segera menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai semula kemerosotan sokongan pengundi Melayu terhadap PAS termasuk tahaluf siyasi terutama dengan Pakatan, sejauh mana ia menguntungkan PAS," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Nuffnang Malaysia | The World's Leading Blog Advertising ...

Beliau berkata demikian dalam ucaptama Multaqa Ulama Semalaysia di Kompleks PAS Kedah semalam.Beliau berkata analisis pasca pilihan raya umum lalu perlu dilakukan secara terperinci bagi melihat sejauh mana kelebihan dan kekurangan berdasarkan syara' termasuk kerjasama politik bersama PKR dan DAP pada pilihan raya umum ke-14.

"Malah kita meletakkan harapan tinggi kepada golongan ulama PAS agar bersedia daripada sekarang untuk diletakkan sebagai calon PRU-14," katanya sambil menyarankan supaya pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi berpotensi PAS kepada PKR dikaji semula dan diberi perhatian.

"Berdasarkan keputusan PRU-13, PAS sudah hilang dominasi dalam Pakatan menjadikan kedudukan PAS sangat lemah berbanding sebelum ini. Kekalahan 52 daripada 73 kerusi ditandingi (PRU-13) lebih teruk berbanding PRU-12, berkurangan dua kerusi," katanya.

Menurutnya, ini membuktikan PAS gagal meyakinkan pengundi Melayu bahawa parti itu mampu memainkan peranan penting dalam memartabatkan Islam.

"Sikap toleransi berlebihan dan tidak berhati-hati PAS terhadap tawar-menawar bukan Islam dan bukan Melayu juga amat meragukan pengundi Melayu terhadap kemampuan parti dalam memelihara kepentingan mereka," katanya.

Dalam laporan itu juga, Harun berkata meskipun undi Cina terhadap PAS pada PRU-13 meningat 14.1 peratus, parti itu masih gagal mengukuhkan kedudukan dan pengaruh dalam parlimen.

"Umno lebih terkedepan dalam memancing undi Melayu," katanya.Menurutnya, mustahil bagi PAS untuk berkembang selagi tidak memperjuangkan haknya dalam Pakatan untuk menambah peluang memenangi lebih kerusi parlimen atau menjadi teras kerajaan jika Pakatan memerintah kelak.

Pada PRU13 lalu, PAS menang 21 kerusi daripada 88 kerusi parlimen yang merangkumi sembilan kerusi di Kelantan, empat di Selangor dan Terengganu, Perak (2) dan masing-masing satu kerusi di Pahang dan Kedah.

Manakala PKR menang 30 kerusi sementara DAP 38 kerusi.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP