Wednesday, 4 September 2013

Baru Kutip RM500 Ribu Shuhaimi Baba Kata Diugut Bunuh Pulak..

Pengarah Tanda Putera, Datuk Shuhaimi Baba mendakwa beliau menerima ugutan bunuh pada tahun lepas sewaktu filem itu mula dibatalkan tayangannya.

Bercakap dalam satu wawancara dengan Berita Harian, Shuhaimi mendakwa ugutan itu adalah sebahagian daripada dugaan yang dihadapinya dalam usaha memastikan filem itu ditayangkan di pawagam.


"Ketika pengumuman tayangan filem ini dibatalkan tahu lalu, saya menerima ugutan bunuh.

"Individu terbabit juga mengancam mahu membakar pejabat saya sekiranya saya teruskan tayangan filem ini.

"Ada juga yang mahu campak saya ke neraka. Siapa yang tidak takut?" kata Shuhaimi.

Menurut Shuhaimi, beliau memilih untuk tidak melaporkannya kepada polis kerana yakin individu itu hanya berani bertindak demikian selagi identitinya tidak diketahui.

"Kami bertawakal kerana yakin nawaitu kami ketika menghasilkan Tanda Putera," katanya.Tanda Putera yang tinggal dua hari sahaja lagi bagi tayangan wajib menelan belanja produksi sebanyak RM5 juta.

Setakat ini ia mencatatkan kutipan sebanyak RM500,000 dan ketinggalan di belakang filem komedi KL Zombi yang sudah mengutip RM3 juta.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP