Saturday, 5 November 2016

Baju Merah 'Serang' Pejabat Malaysiakini

LINTAS LANGSUNG: 'Orang suruh datang, saya datang'



Laporan LINTAS LANGSUNG:

3:15 petang- Lebih 150 peserta himpunan Baju Merah tiba dan berkumpul di hadapan kilang Nestle.

Kebanyakan mereka dari golongan anak muda.

3.10 petang:  Seorang penyokong baju merah, yang digelar 'Abang Hulk Hogan', berkata mereka berada di situ hari ini untuk menunjukkan mereka adalah "berani".

Lelaki itu juga mengatakan dia bersedia berdiri di hadapan FRU walaupun kepalanya dicederakan.

Mendakwa dia adalah seorang pembela Islam, lelaki itu mengatakan mereka mahukan negara ini menjadi aman.

3.05 petang:  Exco Pemuda Umno Armand Azha Abu Hanifah menemui orang ramai dari belakang trak dan memberitahu bahawa mereka berada di sini untuk menentang Malaysiakinikerana menerima dana Yahudi.

Bagaimanapun beliau berkata kumpulan itu menghormati media dan polis yang hadir.

2.45 petang: Himpunan kini berjumlah kira-kira 300 peserta dan melaungkan beberapa slogan Anti-BERSIH dan Anti-Malaysiakini.

Seorang lelaki berucap di hadapan orang ramai dan berkata bahawa kumpulan itu mewakili semua rakyat Malaysia, tanpa mengira bangsa dalam tentangan terhadap BERSIH 5.

Terdapat sekurang-kurangnya dua peserta bukan Melayu dalam kumpulan berkenaan.

Salah seorang daripada mereka yang memanggil dirinya Anil berkata, beliau dari Ipoh dan menjadi sebahagian daripada perhimpunan untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.

Ditanya sama ada beliau menyokong Jamal, Anil berkata: "Ya, kami sokong kerajaan.".

2:30 petang: Seorang peserta baju merah yang masih muda berkata kumpulannya yang terdiri daripada 300 orang, kebanyakannya remaja datang dari Meru.

Mereka telah berada di sini sejak tengah hari tadi. Ramai yang memakai skaf yang tertera "Himpunan Maruah Melayu" untuk menutup muka.

Satu peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Faiz, 15 memberitahu Malaysiakinibahawa mereka dibawa menaiki bus.

Satu lagi peserta yang bernama Haziq, 14, tidak pasti tujuan perhimpunan tersebut.

"Saya tidak tahu. Ada orang suruh saya datang bersama-sama," katanya.

Sesetengah daripada mereka memegang sepanduk yang berbunyi: "Lindungi kerajaan yang dipilih oleh rakyat."

Satu lagi sepanduk, disertai dengan gambar penyokong BERSIH memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tertera: "Orang Melayu masih ingat".

2.20 petang: Laungan "Tutup Malaysiakini" dan "Hancur Malaysiakini" bergema.

Satu kain rentang dengan tulisan "Maria Chin & BERSIH 5 boneka Soros & Cina DAP".

Satu lagi kain rentang tertera: "Kami sedia bertempur".

Dengan ketiadaan pemimpin mereka, peserta baju merah kelihatan berkecamuk.

2:15 petang: Sekumpulan wanita dalam usia pertengahan umur dari Sungai Buloh kelihatan terpinga-pinga dalam perhimpunan tersebut.

"Kami tidak pasti. Mungkin kita berada di sini untuk menyokong orang Melayu," kata seorang wanita berbaju merah memberitahuMalaysiakini.

Terdapat kira-kira 80 peserta dalam kumpulan itu.

1:50 petang: Bunyi mercun berdentum di luar Business Park PJ51.

Kira-kira 100 peserta baju merah berkumpul agak jauh daripada pintu masuk utama dan dilihat sedang makan tengahari di tepi jalan.

Kebanyakan mereka adalah golongan belia.

1:45 petang: Sebahagian daripada baju merah tiba dengan beberapa buah bas bertanda 'Bas Kilang'.

Terdapat beberapa gerai di luar Business Park PJ51 sedang menjual baju-T merah.

Beberapa anggota polis telah ditempatkan di sekitar kawasan itu. Terdapat sebuah trak meriam air diletakkan di dalam kompaun.

- malaysiakini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP