'Helo, Rosmah dapatkan nombor Trump untuk Najib'
Rosmah Mansor mendedahkan peranannya dalam perbualan telefon antara suaminya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan pemenang pilihan raya presiden Amerika Syarikat Donald Trump.
Dalam acara semalam, Rosmah berkata beliau terpaksa melakukan banyak peranan di rumah, termasuk menjawab telefon bagi pihak Najib.
“Saya di rumah macam operator, macam setiausaha. Semua saya buat.
“Dalam pukul 2.30 pagi, telefon saya berbunyi dan saya mendapat telefon dari salah seorang besarlah, rakan Datuk Najib yang bermain golf masa di New York.
“Dia kata, Datin Seri, saya minta maaf ganggu pagi-pagi ini. Saya fikir, Allah, apa pula? Mesti penting.
“Kalau lebih dari pukul 12 (tengah malam) telefon kita berbunyi, kita fikir pasti sesuatu yang sangat penting, kecemasan ke apa. Saya kata, ya, Tan Sri, apa masalah?
“Tidak, saya hendak beritahu presiden yang dipilih Trump tunggu telefon Datuk Najib dalam tempoh dua jam lagi,” katanya.
Ucapan itu dimuat naik ke Youtube.
Mendedahkan lebih lanjut, Rosmah berkata pemanggil itu meminta 10 minit untuk mendapatkan nombor telefon Trump untuk diberikan kepada Najib.
“Jadi saya tak boleh tidur, (saya) tunggu sampai dapat nombor telefon presiden Amerika yang dipilih.
“Saya kata OK. Selepas dua jam saya pun kejut Datuk. Eh, eh, apa you kejut I waktu sedap-sedap tidur? Dia marah saya sebab saya kejut dia, 'eh bangun bangun'.
“Apa yang penting sangat? (Saya kata) kamu tahu Donald Trump tunggu panggilan telefon kamu,” katanya.
Najib juga, kata Rosmah lagi kemudian, meminta kepastian atas perkara itu.
“I dapat nombor, saya beritahu Datuk, lebih baik pasang alat penggera. Jadi dia pasang penggera. Saya pun pasang penggera... Bila sudah dua jam, hampir jam 5 pagi, Datuk telefon.
“Donald Trump sendiri angkat telefon,” kata Rosmah.
Beliau juga berasa Trump mudah dihubungi dan Najib tidak perlu melalui ramai orang untuk dapat bercakap dengan jutawan itu.
- mkini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment