Tuesday 1 November 2016

Video Pemuda Umno 'Naik Hantu' Baling Baldi Ke Bangunan Pentadbiran Selangor



SHAH ALAM: Pemuda Umno hari ini berkumpul di hadapan pusat pentadbiran kerajaan negeri Selangor di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) hari ini bagi menyatakan rasa tidak puas hati gangguan bekalan air di negeri itu berikutan masalah pencemaran.

Sebahagian daripada kira-kira 200 orang diketuai Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah bertindak membaling baldi dan botol air ke dalam kawasan bangunan sambil cuba merobohkan pagar besar, selepas berarak dari Bangunan Perangsang di pusat bandar Shah Alam itu.

Armand berkata mereka berkumpul kerana tidak tahan dengan masalah air.

Beliau juga menuduh pentadbiran Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebagai tidak adil.

“Kita hadir hari ini bukan kebangkitan orang Melayu, Cina atau India tetapi sebagai rakyat Selangor, mahu keadilan bukan parti keadilan.

“Azmin tidak adil kepada rakyat Selangor. Kita tidak mahu pegawai daripada cicak mengkarung ini. Kita mahu Azmin dan pegawai PKR datang sini.

“Kita tidak larat mandi dan tengok rakyat Selangor dalam kesusahan. Azmin cicak mengkarung,” katanya.

Beberapa peserta perhimpunan dilihat membaling baldi dan botol air sambil melaungkan “Kami mahu air”, dan membawa sepanduk seperti “Azmin tidak adil”.

Beberapa bahagian di Selangor mengalami masalah bekalan air susulan kejadian pencemaran.

Empangan di Semenyih ditutup 3 kali tahun ini, mengakibatkan beberapa kawasan seperti Hulu Klang, Semenyih dan Serdang mengalamj masalah air.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP