Thursday, 24 November 2016

MP Yang Bawa Serangan Di Parlimen Mesti Bertanggung Jawab



Anggota parlimen yang mewajarkan serangan ke atas Khalid Samad (AMANAH-Shah Alam) pagi tadi mesti bertanggungjawab atas kejadian itu kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamed.

Menurutnya kejadian itu membabitkan pencerobohan serius terhadap kawasan keselamatan.

Malah kata Nur Jazlan, kejadian itu boleh disiasat mengikut undang-undang keganasan.

"Peraturan umum mengenai pelawat parlimen ialah mereka mesti dibawa oleh seorang anggota parlimen.

"Jika mereka itu sebenarnya dijemput seorang anggota parlimen ke kaasan ini untuk menyebabkan kecederaan, gangguan, anggota parlimen terbabit perlu dibawa ke Jawatankuasa (Hak dan Keistimewaan) Parlimen," katanya kepada media di lobi parlimen hari ini.

Khalid yang juga pengarah komunikasi AMANAHdiserang sekumpulan orang di luar lobi parlimen hari ini. Bagaimanapun beliau dapat dilindungi anggota keselamatan di situ.

Orang awam itu - didakwa dari Pasir Salak, Perak - berang kerana Khalid menggelar Datuk Tajuddin Abdul Rahman dengan panggilan "sial".

Tajuddin adalah anggota parlimen Pasir Salak, ketua Umno bahagian itu dan ahli majlis tertinggi Umno.

Beliau juga mengakui salah seorang yang menyerang Khalid ialah anaknya.

Ditanya sama ada penyerang terbabit akan disiasat mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) atau Sosma, Nur Jazlan berkata, undang-undang biasa perlu digunakan terlebih dulu.

Ditanya lebih lanjut kemungkinan mereka wajar disiasat kerana aksi berkaitan keganasan, Nur Jazlan menjawab: "Mungkin jika ada peruntukan untuk mereka disiasat di bawah akta itu."

Nur Jazlan juga mengakui tahap keselamatan di parlimen perlu dipertingkatkan dan "kecewa" apabila ia dilanggar sedemikian rupa.

"Ini kawasan larangan dan pasukan keselamatan yang berkawal boleh mengambil langkah ekstrem sehingga menembak sesiapa yang menceroboh terutama kepada sesiapa yang dilihat boleh menyebabkan kecederaan dan keamanan kawasan ini.

"Bagaimana kalau seorang pengganas menyelinap dan melakukan tindakan keganasan?

"Apa yang jadi hari ini sama, kecuali ia tidak melibatkan sebarang senjata," katanya.

-mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP