Sunday, 27 November 2016

Najib: Mahathir Sudah Tiada Fear Factor



Membesar dengan pemimpin Umno memberi kelebihan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berbanding pendahulunya, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam temu bual denganThe Sunday Star, Najib berkata beliau telah bergaul dengan pemimpin-pemimpin parti itu sejak pertama kali menyertai Umno pada usia 23 tahun.

"Saya tidak hanya bergantung kepada MB (menteri besar), saya adalah sebahagian daripada mereka dan itulah sebabnya Mahathir tidak boleh mengusir saya dari Umno.

“Saya menyertai politik ketika hari lahir saya yang ke-23. Ia memberi saya banyak kelebihan kerana saya membesar dengan lebih daripada dua generasi pemimpin dalam Umno," beliau dipetik sebagai berkata.

Presiden Umno itu juga mendakwa Mahathir, yang kini merupakan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sehingga kini gagal menjatuhkannya kerana tidak ada lagi memiliki ‘fear factor’.

“Dia memimpin dengan cara menakutkan. Apabila dia tidak lagi menjadi presiden, tidak ada lagi ketakutan di kalangan (akar umbi) kepada beliau dan beliau tidak lagi dapat mengawal serta menentukan perkara-perkara dalam Umno.

“Ia adalah hormat bukan takut,” katanya lagi.

Dalam temu bual itu, Najib berkongsi perbualan beliau dengan mendiang Lee Kuan Yew pada tahun 2009 yang menyamakan Mahathir dengan peninju heavyweight yang akan terus menumbuk sehingga lawannya terkeluar.

"Beliau (Mahathir) taasub untuk melakukan sesuatu dengan cara beliau, ia adalah cara pintas. Saya dah fikir dia akan menentang saya, apa yang saya tak jangka adalah reaksinya yang begitu buruk.

"Saya rasa itulah sebahagian dirinya. Kecuali dia dapat mengawal secara mutlak, dia tak akan berhenti. Analisis Kuan Yew terhadapnya adalah tepat,” kata Najib.

Mahathir keluar Umno buat kali kedua pada bulan Februari tahun ini dan setakat ini telah muncul sebagai salah satu pengkritik paling lantang Najib mengenai isu-isu berkaitan 1MDB.

Mahathir turut bersama bekas Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat daripada parti Melayu itu untuk menubuhkan BERSATU.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP