Friday, 25 November 2016

Pasangan Kasari Penguatkuasa MBSA Di Penjara 14 Hari



Pasangan suami isteri dalam video viral yang mengasari seorang anggota penguat kuasa wanita Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika menjalankan tugas di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, semalam, dihukum penjara 14 hari.

Portal Berita Harian Onlinemelaporkan majistret P Sarulatha menjatuhkan hukuman itu selepas pasangan suami isteri berkenaan, Lor Ka Hoo, 35, dan Tan Sit Fun, 30, mengaku salah.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Sarulatha turut memerintahkan mereka membayar denda RM3,000 seorang dan jika gagal, tertuduh diarahkan penjara tujuh hari.

Bagaimanapun, Sarulatha membenarkan penangguhan hukuman sehingga selesai rayuan dan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM2,000 setiap seorang.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh menggunakan kekerasan jenayah terhadap Nurul Ain Isa, 23, ketika sedang menjalankan tugas dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dalam video 2 minit itu, mangsa bersama seorang rakan setugas sedang menjalankan tugas di kawasan Bukit Rahman Putra dan mengeluarkan saman ke atas sebuah kereta yang tidak mempunyai kupon bayaran letak kereta.

Bagaimanapun, tindakan itu mengundang kemarahan tertuduh dan pergaduhan kemudiannya tercetus.

Lelaki itu dirakamkan menengking mangsa, selain mengugut mahu mencederakannya manakala isterinya pula terus menarik belakang baju mangsa yang cuba beredar.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP