Wednesday, 30 November 2016

PAU Medan Untuk Kutuk Mahathir

Tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin khianat


ATIRAH HASLI


KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu rasa terhutang budi kepada pemimpin terdahulu yang mengkhianati parti.

Ini kerana menurut Ketua Wanita Umno Silam, Sabah, Mizma Appehdullah, ia sememangnya tanggungjawab pemimpin yang memimpin parti dan kerajaan ketika itu.

"Kita menghargai sumbangan pemimpin terdahulu dengan negara. Mereka yang dulunya yakin bahawa tanggungjawab sebagai orang Umno itu adalah menjaga hak serta keunggulan bangsa hari ini, sanggup berpelukan dengan individu yang melaungkan kebencian mereka kepada kepimpinan negara.

"Mereka bertindih paha, berhantuk lutut dengan orang yang paling benci kepada pembelaan umat ini. Mereka bertutur senda dengan orang yang paling jahil dan sering mempersendakan agama.

"Mereka berkongsi pentas pada pentas yang pernah menuduh mereka zalim, diktator dan kuku besi suatu ketika dahulu," katanya ketika membahas ucapan dasar, Ketua Wanita Umno, Tan Sri Shahrizat Abd Jalil.

Katanya lagi, parti tidak boleh memandang ringan serangan demi serangan yang  datang dari musuh tradisi, khususnya daripada bekas rakan seperjuangan Umno sendiri.

"Mereka yang menyerang kita bukan hanya musuh tradisi politik tetapi yang menyerang kita juga ialah mereka yang pernah bersama-sama dengan kita, menjadi sebahagian daripada kita memimpin kita dan tahu cara kita bergerak, beroperasi dan berfikir.

"Mereka yang terdiri daripada bekas pemimpin Umno ini juga mempunyai pengalaman yang lama dalam parti. Segenap kelebihan dan kelemahan Umno mungkin akan dipergunakan untuk survival agenda politik mereka," katanya lagi.




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP