Mengapa anak tiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak - Riza Aziz - ada dalam kapal terbang yang dibiayai oleh negara dalam lawatan ke China, soal Rafizi Ramli (PKR-Pandan)
“Sudahlah jetnya mahal, kami kena tanggung, kemudian dia (Najib) bawa anak tiri dia yang satu dunia tengah cari mengenai wang (yang disalahgunakan) 1MDB.
“Riza Aziz tidak boleh diberi layanan istimewa mengunakan harta rakyat. Beliau sepatutnya ditangkap dan disoal siasat,” kata Rafizi di Dewan Rakyat.
Riza dikesan dalam rakaman media tempatan dengan gambar Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor yang turun dari jet rasmi kerajaan di China semalam.
Juga kelihatan adalah anak pasangan itu, Norashman Najib, yang turut berkongsi gambarnya ketika turun dari jet di Instagram
Riza menjadi subjek siasatan dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat. Beliau antara yang dinamakan menerima dana yang didakwa diselewengkan daripada 1MDB. - malaysiakini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
0 comments:
Post a Comment