Monday, 2 September 2013

Tiada Orang Di Rumah Terbuka Yang Dihadiri Noh Omar Dan Ali Rustam







Untuk pengetahuan rakaman gambar-gambar diatas adalah disedut dari akaun FB Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor merangkap mantan Menteri Pertanian Dan Asas Tani DS Noh Omar.

Malam tadi beliau memberitahu satu dunia yang beliau bersama-sama dengan mantan Ketua Menteri Melaka merangkap Bekas Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka yang kecundang ditangan Ketua AMK di Parlimen Bukit Katil pada PRU 13 lalu, DS Ali Rustam sedang bertandang di Rumah Terbuka Aidil Fitri anjuran UMNO Bahagian Ampang yang berketuakan Dato' Ismail Kijo yang langsung tidak terpileh sebagai calon sama ada Parlimen maupun DUN dalam Bahagian Ampang.

Terkejut besar sungguh Omak Kau apabila melihat rakaman gambar-gambar tersebut.

Langsung tiada nampak orang ramai yang hadir .. Sepatutnya dan selogiknya jika tetamu khas itu seorang yang bertaraf Pengerusi Perhubungan Negeri sudah pasti ramai yang hadir terutamanya para ahli dan penyokong UMNO sebagai tanda hormat dan menyokong beliau sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor yang baru.

Tidaklahlah tahu sama ada jamuan dah habis atau belum bermula .. Yang pasti kehadiran kedua pemimpin UMNO ini tidak disambutlah oleh para ahli UMNO Bahagian Ampang, Selangor.

Yang nampak kelibat ialah beberapa pemimpin UMNO peringkat cawangan dalam Bahagian Ampang dan beberapa orang pemimpin MIC cawangan.

Apa dah jadi dengan UMNO Bahagian Ampang? .. Tumbang teruk ditangan Pakatan Rakyat terus lesu dan semangat juang? ... Atau berlaku pergolakan dan pemberontakan serta sabotaj dalam UMNO Bahagian Ampang.

http://omakkau.blogspot.com/2013/09/biarkan-gambar-gambar-berbicarakesian.html

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Aku Peduli Apa @ APA 2 September 2013 at 15:03  

Assalam.
Mereka berdua datang dipenghujung majlis setelah bertandang kerumah SUK Umno Dato Raof.

Untuk melihat suasana rumah terbuka itu sila ke blog APA.Tksh

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP