Thursday 3 November 2016

Dewan Rakyat Riuh Pandikar Dituduh Zalim



KUALA LUMPUR - Suasana di Dewan Rakyat kecoh sebaik Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang menarik semula tuduhan 'zalim' yang dilemparkan kepadanya.

Dalam sidang Dewan Rakyat di Parlimen hari ini, Kit Siang dan Pandikar dilihat berperang mulut seketika apabila ahli Parlimen DAP itu.

Ia berlaku selepas Pandikar menghalau ahli Parlimen DAP, Steven Sim yang dikatakan enggan duduk, sebaliknya membantah keputusan dibuat Pandikar berhubung usul membawa Datuk Seri Najib Tun Razak (BN-Pekan) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Jelas Pandikar, beliau hanya menjalankan tugas mentafsir peraturan Parlimen.

"Apa faedah Bukit Mertajam peroleh (kerana ingkar arahan Speaker) selain publisiti?

"Rakyat tidak lihat apa yang berlaku di sini. Apa yang mereka nampak adalah Speaker zalim sebab menghalau ahli Parlimen pembangkang," katanya dalam Dewan Rakyat, Parlimen, di sini, hari ini.

Dewan riuh sebaik sahaja Kit Siang mengeluarkan kenyataan tersebut.

Pandikar kemudiannya meminta Kit Siang menarik semula kenyataannya sebelum ahli Parlimen DAP itu akur berbuat demikian.

Steven sebelum itu mendakwa Najib mengelirukan Dewan Rakyat dalam pembentangan belanjawannya namun Pandikar memutuskan tidak wujud prima facie bagi membuktikan kenyataan anggota parlimen Bukit Mertajam itu.

Bercakap dalam nada lembut Steven sebaliknya tidak bersetuju namun Pandikar memberitahu sesuatu keputusan Speaker hanya boleh disemak semula melalui usul mengikut Peraturan Mesyuarat 43.

Pandikar kemudian mengarahkan bentara Dewan Rakyat untuk mengiringi Steven meninggalkan dewan berkenaan setelah enggan duduk meskipun diminta berulang kali.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP