Tuesday, 2 July 2013

Harga Proton Lebih Murah Dari Honda - Lawak Paling Bodoh Menteri Umno

Hello.. Kualiti Proton kalau nak bandingkan kualiti kereta Honda ibarat langit dengan bumi laa.. Kereta Proton boleh dijual ke kat Jepun heh?? Malang Malaysia hanya mampu lahirkan pemimpin yang berotak kemetot..

Timbalan menteri: Proton, Perodua lebih murah dari Honda

PARLIMEN Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri berkata, kereta nasional Perodua dan Proton dijual dengan harga paling murah di Asean.

Malah, katanya, model seperti Myvi dan Saga lebih murah berbanding harga kereta jenis Honda Rio di Thailand dan Indonesia.


"Ingin saya maklumkan bahawa harga kereta bagi enjin 1.3 liter di Malaysia adalah yang terendah di negara Asean jika dibanding dengan Thailand dan Indonesia.

"(Kereta) Perodua Myvi dan Proton Saga, masing-masing dijual dengan harga RM45,000 ribu dan RM33,888 berbanding dengan model Honda Rio di Indonesia dan Thailand yang berharga RM47,000 ribu," katanya.

Beliau menjawab soalan lisan Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) berhubung bila kerajaan akan menurunkan kadar duti ke atas kereta import supaya harga kereta dapat diturunkan bagi menepati janji pilihan raya umum ke-13.

Mengulas lanjut, Hamim yang juga ahli parlimen Ledang berkata penurunan harga kereta menjadi salah satu matlamat penting untuk mencapai dalam dasar automotif nasional.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP