Berikutan prestasi buruk pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13), Gerakan, MCA dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) bercadang untuk bergabung sebagai sebuah parti berasaskan kepentingan kaum Cina.
Pemangku Presiden Gerakan, Chang Ko Youn, berkata ia akan dilakukan selepas pemilihan parti dengan ketiga-tiga parti itu kekal bersama Barisan Nasional (BN).
“Saya bersama-sama Presiden MCA, Datuk Chua Soi Lek dan Presiden SUPP, Datuk Peter Chin sudah berbincang hal ini beberapa kali kebelakangan ini.
"Bagaimanapun, keputusan hanya akan dibuat selepas semua parti memilih kepimpinan baru masing-masing. Mungkin selepas Oktober," kata dipetik dari Mingguan Malaysia, hari ini.
MCA ialah parti berasaskan kaum Cina semata-mata tetapi Gerakan dan SUPP mempunyai ahli secara minoriti dari etnik lain.
“Tumpuan sekarang kepada MCA dan Gerakan untuk menyelesaikan isu dalaman masing-masing. Untuk menubuh parti baru bukan mudah dan ia bukan soal MCA masuk Gerakan atau Gerakan masuk MCA," katanya.
Beliau berkata, penggabungan ketiga-tiga parti itu seterusnya harus mengguna pakai konsep keahlian semua kaum berikutan ahli Gerakan dan SUPP terdiri dari pelbagai kaum.
Ini bermakna, katanya, MCA harus melakukan perubahan.
“Ada syaratnya. MCA mesti meminda perlembagaan parti dari berasaskan kaum kepada pelbagai kaum. Kemudian, barulah isu lebib terperinci sebagai sebuah parti," kata Chang.
Selasa lalu, Naib Presiden MCA, Donald Lim yang mengakui tahu mengenai perbincangan dengan Gerakan dan SUPP, yakin BN hanya hanya ada satu parti Cina sebelum PRU14.
Gerakan dan MCA akan mengadakan pemilihan parti pada 26 Oktober dan 21 Disember manakala pemilihan bagi SUPP dijangka berlangsung pada 2014.
Chang berkata, isu penggabungan Gerakan dan MCA sudah kedengaran sejak 1980-an tetapi kedua-dua parti tidak pernah mencapai persetujuan bersama.
Sunday, 21 July 2013
MCA, Gerakan dan SUPP akan bergabung Oktober ini
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment