Thursday 18 July 2013

Saman AES Dan Formula Bodoh Kerajaan

AES: Formula matematik apa kerajaan guna?

KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase) mendesak Menteri Pengangkutan menjelaskan jumlah pembayaran kutipan kompaun Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada syarikat penyedia perkhidmatan AES iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd

Penasihat Undang-undang Kase Zulhazmi Shariff berkata, angka-angka yang diberikan oleh Kementeriaan Pengangkutan di Dewan Rakyat amat mengelirukan.


Beliau mempersoal jumlah RM13,550,758 kepada syarikat pembekal AES sedangkan jumlah saman yang telah dijelaskan hanyalah sebanyak 66,735 yang hanya melayakkan syarikat dibayar sebanyak RM1,067,760.00.

"Jika syarikat dibayar RM13,550,758.00 daripada jumlah kompaun keseluruhan RM20,020,500.00 baki yang tinggal ialah sebanyak RM6,469,742.00. Kenapa kerajaan hanya mengambil RM3,429,910.00 sahaja? Ke mana baki RM3,039,832.00?" soalnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Tambah beliau juga, jika keseluruhan 673,339 saman telah dijelaskan sekalipun, syarikat tidak layak mendapat RM13,550,758.00 kerana RM16.00 dari setiap 673,339 hanyalah RM10,773,424.00.

Berikut merupakan kira-kira mengikut angka-angka yang dikeluarkan Kementerian Pengangkutan:

SAMAN AES

Jumlah Saman AES  (23/09/13 – 11/06/13) = 673,339

Jumlah Kompaun (RM300) =  RM20,020,500.00

Jumlah Saman Dijelaskan = 66,735(66,735 x RM300 = RM20,020,500.00)

Formula Tiga Langkah(RM16 x jumlah saman dijelaskan)RM16 x 66,735 = RM1,067,760.00

Jumlah Bayaran kepada Syarikat = RM13,550,758.00

Jumlah Bayaran Kepada Kerajaan = RM3,429,910.00

Jumlah Pembahagian RM13,550,758.00+RM3,429,910.00

------------------------

RM16,980,668.00==============
BakiRM20,020,500.00-RM16,980,668.00

------------------------

RM3,039,832.00===============

Jika semua 673,339 telah dijelaskan 673,339 x RM300 = RM202,001,700

Formula Tiga Langkah (RM16 x jumlah saman dijelaskan) RM16 x 673,339 = RM10,773,424.00

Kase turut mendesak Kerajaan mendedahkan butiran perjanjian yang ditandatangani di antara kerajaan dengan syarikat penyedia perkhidmatan kerana ianya melibatkan kepentingan rakyat secara langsung.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP