Friday, 19 July 2013

Tolak Menteri Bangang Bersifat Perkauman

Lim Guan Eng mahu Kabinet menolak kenyataan perkauman Menteri Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyokong Pengerusi Perkasa, Datuk Ibrahim Ali untuk membakar Bible dan Kabinet akan dilihat sebagai gagal mewakili suara rakyat Malaysia jika gagal melakukannya.

Setiausaha Agung DAP itu berkata, Abdul Rahman menyatakan kenyataan Ibrahim sebagai membetulkan kesalahan cetakan Bible dan membakar kitab itu adalah tindakan tepat kerana orang Islam membakar naskhah al-Quran sekiranya tersilap cetak.


"Kenyataan ini mengejutkan kerana bagaimana penyokong perkauman seperti Ibrahim mahu membakar Bible bagi tujuan membetulkannya?

"Seperti orang bukan Islam lain tidak dibenarkan membakar kitab suci agama lain, Ibrahim juga tidak patut dibenarkan membakar Bible sebagai protes kepada penganut agama Kristian," jelas Lim dalam satu kenyataan medianya hari ini.

Beliau mempersoalkan kenyataan Abdul Rahman yang memetik Ibrahim membakar Bible mengandungi kalimah Allah tidak adil untuk dibandingkan dengan kes bloger seks Alvin dan Vivian menghina orang Islam.

"Kegagalan mengambil tindakan terhadap Ibrahim Ali menunjukkan penghinaan kepada bukan Islam adalah dibenarkan.

"DAP menyatakan sokongan terhadap menghukum pasangan menghina agama lain, tetapi mengapa anti bukan Islam seperti Ibrahim yang mengugut mahu membakar Bible tidak dihukum sebagai menggugat keharmonian antara agama?” katanya.

Lim berkata, rakyat Malaysia turut mempertikaikan pasangan blogger itu dihukum bersabit kiriman di Facebook namun tiada tindakan dikenakan terhadap calon Barisan Nasional (BN) Shah Alam Datuk Zulkifli Nordin berhubung kenyataan anti-Hindu di YouTube.

"Jelas BN mengamalkan pilih kasih dan pertuduhan terpilih dengan menghukum kenyataan ke atas orang Muslim dan tidak bukan Islam," katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua menyifatkan kenyataan Abdul Rahman tidak berteraskan semangat 1Malaysia namun melihatkan Malaysia sebagai 1bangsa dan 1agama.

“Perlakuan Ibrahim menunjukkan sikap hipokrit pemerintahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan mengambil tindakan kepada Alvin dan Vivian namun tidak mengambil tindakan ke atas kenyataan Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata, ini jelas penghinaan kepada Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan hak saksama dilindungi di bawah undang-undang Malaysia. – 19 Julai, 2013. - TMI

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP