Thursday, 4 July 2013

Taib Mahmud Halau Editor Masuk Ke Negeri Sarawak

Editor laman pembocor maklumatSarawak Report dan Radio Free Sarawak Clare Rewcastle Brown dilarang memasuki Sarawak semalam.

Beliau cuba memasuki negara ini untuk menyediakan pembelaan terhadap sebuah saman fitnah terhadapnya di mahkamah.


Tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dari Singapura pada jam 1.15 petang, pengkritik lantang Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud itu diberikan notis penolakan kemasukan oleh Jabatan Imigresen dan dihantar balik ke Singapura pada 3.40 petang itu juga.

Dalam video ringkas yang dirakamkan kakitangan peguamnya di lapangan terbang, Brown berkata, beliau menyedari "senarai hitam" Sarawak itu tetapi cuba memasuki Kuching untuk menyediakan pembelaannya di mahkamah.

"Saya rasa terpaksa berusaha hadir ke Sarawak kerana saya mahu mempertahankan diri terhadap dakwaan terhadap saya dan bertemu peguam-peguam saya," katanya.

Brown berkata, plaintif dalam kesnya itu merupakan syarikat transnasional yang disenaraikan di bursa saham United Kingdom dan Eropah. Beliau enggan mendedahkan nama pihak itu buat masa ini.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP