Saturday, 6 July 2013

Mursi Akan Kembali Berkuasa Di Mesir

Rally oleh para penyokong president Mursi yang bersungguh-sungguh dan sanggup mati kerana mempertahankan seorang ulama yang diangkat menjadi pemimpin utama negara mereka yang diadakan serentak di seluruh pelusuk negara Mesir  pada hari Jumaat 5.7.2013 telah membuatkan beberapa pegawai tentera buka mata. Mereka mula khuatir akan peritiwa yang bakal berlaku sekiranya Mursi terus di penjara.

Jurucakap Ikhwan Muslimin: lebih 4 juta rakyat berkumpul di Dataran Nahdhah di Giza sementara lebih 3 juta lagi di Dataran Raba'ah (turut disertai Dr. Badie Mursyidul Am Ikhwan) bagi menentang rampasan kuasa tentera.



Jutaan lagi di dataran-dataran lain di seluruh Mesir.

Beberapa pegawai tentera bermuafakat mennyeru Abdul Fatah Sisi menarik semula rampasan kuasa ke atas President Mursi demi keamanan negara.Kedua-dua pihak kini sedia menumpahkan darah.

Isom Sultan, Naib Presiden Parti Wasat:

"Kami takkan berganjak dari dataran-dataran ini di seluruh negara walaupun sejengkal. Kami tidak akan pulang ke rumah kami kecuali Presiden Mursi dijulang dan diletakkan di bahu kami.

"Nuruddin Abdel Hafiz, wartawan televisyen "Misr25" yang diharamkan:

"Kita tidak akan tinggalkan dataran Raba'ah ini sehingga kita menunaikan sujud syukur di belakang Presiden Mursi.

"Setakat ini tiga orang telah terbunuh di Mesir. Mereka dibunuh oleh tentera firaun Mesir pimpinan Abdul Fatah Al- Sisi yang menggulingkan Mursi. Para mujahidin telah beri amaran agar Mursi dibebaskan dalam masa 24jam kalau tidak fisabilillah bermula.

Kini perubahan bukan lagi melalui undi tetapi dengan peluru...Tatkala Mursi memerintah, Ratusan penyokong Ikhwanul Muslimin dibunuh namun mereka tetap bersabar tanpa melakukan serangan balas.

Tetapi kini maruah agama mereka dicalar dengan penangkapan ulama yang juga president kesayanga mereka. Masanya telah tiba untuk membalas kekejaman pihak sekular,yahudi dan syiah Mesir.

Ketika ini, dalam suasana selepas rampasan kuasa, mereka masih lagi dengan perangai setan yang memburu dan mencederakan penyokong Mursi. Kumpulan bergelar "baltoji" (perusuh upahan) dengan kerjasama polis dan tentera terus mengganas.

Penyokong Mursi terjun ke Sungai Nil apabila diburu "baltoji"Menyedari kemungkinan perang saudara, seorang ulama Mesir mengingatkan agar sama-sama mencari jalan damai yang terbaik bagi kedua-dua pihak.

Sementara itu.....Sumber Ikhwanonline melaporkan, pegawai tinggi tentera telah menekan dan mendesak Ketua Majlis Tentera, Abdul Fattah As-Sisi untuk menarik balik kenyataan "rampasan kuasa" beliau. Terdapat berita bahawa tokoh pembangkang, Dr.Mohammed El-Baradei telah meninggalkan Mesir menuju ke Saudi. - Abdul Malik


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP