Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron berkeras bahawa kerajaan negeri akan terus membuka jalan di sekitar Jonker Walk untuk laluan kenderaan demi mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan tersebut.
“Saya tidak akan berganjak selagi hasil kajian tidak menunjukkan penutupan jalan di sekitar Jonker Walk bukan punca kepada kesesakan lalu lintas yang berlaku sebelum ini,” kata Idris seperti dipetik akhbar Utusan Malaysia hari ini.
Kenyataannya itu timbul susulan amaran oleh Exco pelancongan Melaka Datuk Ghazale Mohamad yang berkata, tindakan undang-undang akan diambil ke atas peniaga yang berdegil dan tidak mahu bekerjasama untuk memberi ruang bagi kerajaan negeri untuk membuat kajian tersebut.
Kajian berkenaan akan dijalan selama empat minggu bagi menentukan sama ada kesesakan di Banda Hilir berpunca dari Jonker Walk dan jalan sekitar, laporan itu dipetik.
Perkembangan itu berlaku walau menteri pelancongan, Datuk Seri Mohd Nazri Aziz telahpun memberi jaminan bahawa laluan kenderaan di sekitar Jonker Walk, Melaka, akan terus ditutup pada hujung minggu agar tidak mengganggu operasi pasar malam di situ.
- malaysiakini
Core Values of Islam
1 day ago
0 comments:
Post a Comment