MURSYIDUL Am Ikhwanul Muslimin, Muhammad Badie berbicara di atas podium dalam sebuah perhimpunan rakyat pro Mursi di Masjid Rabaa Al-Adawiya di Kaherah. Badie tampil di atas podium yang didirikan oleh penyokong Muhammad Mursi.
Berikut isi-isi pidatonya di hadapan ribuan rakyat pro Mursi:
"Orang ramai yang berada di Rabaa El-adaweya ini mencerminkan seluruh Mesir dengan puak yang berbeza. Allah lebih besar dari semua orang yang menjual habis darahnya menjadi syuhada. Allah adalah saksi kami, "tegas Badie.
Berkaitan adanya surat penangkapan terhadap dirinya serta tuduhan yang dialamatkan kepadanya serta pemimpin Ikhwan yang lain, Badie berkata:
"Saya tidak luput dari surat perintah penangkapan. Tuduhan kepada kami tersebut hanya kebohongan. Kami bukan pengecut, kami adalah kaum revolusioner. Saya bangga terhadap Presiden Mursi, yang merupakan presiden bagi semua rakyat Mesir. Kami tidak akan meninggalkan jalanan sehingga Presiden Mursi kembali. Kami akan membawa kembali hak-hak rakyat Mesir yang dirugikan oleh konspirasi memalukan ini, "ujar Badie.
Mengulas mengenai tentera Mesir yang menjadi penyebab kejatuhan Mursi, Badie menyatakan dengan tegas bahawa dirinya dan seluruh rakyat pro Mursi akan menjadikan kembali Mursi sebagai presiden Mesir yang sah. Dia juga mengecam tentera yang menembak rakyat pro Mursi.
"Kami akan membawa dia (Mursi) kembali di leher kami dan kami rela mengorbankan jiwa kami untuk dia. Tentera Mesir, anda seharusnya melindungi kami dari musuh, bukan mengarahkan peluru anda terhadap kami, anda lebih terhormat dari itu, "kata pemimpin tertinggi Ikhwan tersebut.
Semasa Badie berbicara, helikopter tentera terbang di atas orang ramai pro Mursi. Selain itu Badie mengecam kemasukan kembali tentera ke dunia politik padahal dahulu mereka berjanji tidak akan melakukannya lagi.
"Dewan tentera kembali memasuki medan politik setelah pemimpin mereka meyakinkan kita bahawa mereka tidak akan melakukannya lagi. Dewan tentera mendesak kita untuk mengambil alih beban politik sehingga mereka dapat fokus dalam melindungi sempadan. Rakyat Mesir, anda berada pada masa yang penting dalam revolusi, pada ketika ini sedang ternoda oleh rampasan kuasa tentera.
"Dalam ucapannya yang berapi-api tersebut, Badie mengkritik dua pemimpin besar agama Mesir, baik itu Imam besar Al-Azhar (Ahmad Al-Thayyib) maupun Paus Koptik. Ahmad Al-Thayyib:
Laporan berita dari muslimdaily.net: Imam Besar Al-Azhar: Demonstrasi Lawan Mursi Boleh Dlm Islam... "Saya mengatakan kepada Imam besar Al-Azhar (Ahmad Al-Thayyib) bahawa anda simbol Islam tetapi anda tidak lagi berhak bercakap atas nama umat Islam. Kepada Paus Tawadros, anda juga adalah simbol tetapi anda tidak boleh lagi berbicara atas nama Koptik," tegas Badie.
Diakhir ucapannya, Badie menyeru kepada rakyat Mesir untuk tetap turun ke jalan raya menuntut kembalinya Mursi sebagai presiden Mesir.
"Saya menyeru kepada seluruh rakyat Mesir, mari kita turun ke jalan raya, menuntut kembalinya presiden kita."Badie kemudian menamatkan ucapannya dengan melaungkan: "Revolusi Kami akan terus berada di jalan!" dan dia terus meninggalkan podium.Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber islampos.com, selamatkan Mursi, selamatkan kepimpinan khilafah, Ya Allah hancurkan diktator di negara2 yang memusuhi agama mu amin...Wallahu'alam bissawab والله أعلمُ بالـصـوابPresiden sementara Mesir seorang Kristian! Adli Mansour di tabal, Mursi seorang Muslim dan penghafal al-quran digulingkan..(Sumber Detik Islam)
Sunday, 7 July 2013
Ucapan Muhammad Badie, Mursyidul Am Ikhwanul Muslimin.
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment