Monday, 29 July 2013

Skandal Scorpene - Jasbir Chahl Jangan Jadi Jaguh Kampung

KUALA LUMPUR 29 JULAI: Broker pembelian kapal selam Scorpene, Jasbir Singh Chahl sepatutnya membantu siasatan berhubung skandal kapal selam itu dengan memberi keterangan di Mahkamah Perancis sekiranya beliau serius membantu rakyat Malaysia memahami isu ini dengan lebih jelas.

Hal ini kerana, kata Ahli Biro Politik KEADILAN, Sivarasa Rasiah, keterangan Jasbir di mahkamah lebih penting berbanding penjelasan beliau tentang hubungan antara wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan penganalisis politik, Abdul Razak Baginda.


“Jasbir tidak perlu mengulas hubungan mereka berdua kerana beliau memang tiada kaitan dalam isu itu tetapi apa yang kita tahu daripada latar belakang kes, Jasbir adalah individu pertama yang memulakan rundingan pembelian kapal selam Scorpene seperti didedahkan siasatan pihak berkuasa Perancis.

“Kita juga tahu Jasbir kemudiannya bertindak menyaman Razak di mahkamah selepas berlaku pertikaian antara mereka kerana antara tahun 1997 dan 1998, Razak dengan bantuan Datuk Seri Najib Razak ketika itu sebagai Menteri Pertahanan mengambil alih rundingan yang dijalankan oleh Jasbir,” ujarnya kepada Suara Keadilan.

Menurut Ahli Parlimen Subang itu, kenyataan Jasbir itu sekaligus mendedahkan bahawa siasatan di Perancis masih berlangsung dan menunjukkan usaha NGO Suaram membangkitkan isu ini di Malaysia masih relevan diteruskan.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP