Monday, 6 May 2013

Ali Rustam Menangis Ditolak Rakyat Melaka

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyifatkan kekalahannya di kerusi parlimen Bukit Katil kerana jasanya selama 13 tahun berbakti di Melaka tidak dihargai rakyat.

Mohd Ali yang juga pengerusi BN Melaka berkata pengundi khususnya kaum Cina seolah-olah tidak menghargai segala jasa dan usaha yang telah dilaksanakan kerajaan BN dalam membangunkan negeri dan menjaga kebajikan rakyat.

"Saya berasa amat kecewa dengan keputusan pilihan raya kali ini yang tidak berpihak kepada saya dan BN, seolah-olah BN tidak melakukan apa-apa untuk rakyat.

"Keputusan kali ini membuktikan kaum Cina langsung tidak menghargai kerajaan, mereka hanya hendak ubah sahaja tanpa fikirkan kesannya, tidak fikir apa yang telah kita buat selama ini," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar yang diadakan pukul 1.30 pagi di kediamannya di Seri Bendahara di sini.

Mohd Ali yang mendapat 40,720 undi tewas dengan majoriti 5,447 kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin yang menerima 46,167 undi.

Bagaimanapun beliau bersyukur BN masih mampu mempertahan Melaka dengan kemenangan majoriti dua pertiga.

BN Melaka berjaya memenangi 21 kerusi dewan undangan negeri (Dun), kurang dua kerusi berbanding 23 kerusi yang dimenanginya pada PRU12.

Mohd Ali berkata beliau akan menemui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bagi membincangkan calon ketua menteri yang baharu menggantikan beliau dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai masa depan politiknya, beliau berkata "biar masa menentukannya".

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

2 comments:

Hamba Allah 6 May 2013 at 09:21  

Hi orang Melayu Islam,

Sedarlah bahawa... PKR (melayu) dan PAS adalah tunggangan DAP.

Lihat lah GE13 adalah kemenangan DAP... PAS kejundang...

Kemenangan BN adalah mainly kemenangan UMNO. Banyak melayu dah menyokong UMNO. Sebab tu PAS kejundang.


Kekurangan BN adalah banyak dari kawasan cina. MCA and Gerakan ..hampas.

Sudah tiba masanya PAS berfikir sepuluh kali... PAS belum layak memerintah. PAS mesti bersatu dengan UMNO untuk menentang cina. Sekurang-kurangnya agenda Islam dapat diteruskan.

Anyway PAS kalah di tempat PR dengan teruk!!.

Tepuk dada tanya iman...fikirkan lah

armal 6 May 2013 at 10:27  

Kesian dengan Ali Rustam ni. Takpe jangan sedih Pak Ali, bodek2lah Najib tu melalui Rosmah pasti kerusi senator akan disediakan. Bodek jangan tak bodek.

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP