Tuesday, 28 May 2013

NGO Umno Boikot 'Barangan Pakatan Rakyat'

Sekumpulan NGO Islam menjelaskan, mereka menjalankan kempen boikot ke atas produk yang didakwa dikeluarkan oleh syarikat pro-Pakatan Rakyat sebagai reaksi balas ke atas kempen kumpulan penggiat media sosial digelar 'Red Bean Army'.

Setiausaha eksekutif diketuai Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan, yang mengetuai kumpulan NGO tersebut mendakwa, kumpulan 'Red Bean Army' memulakan kempen "fitnah" tersebut sejak tahun 2011 lagi.


"Antara fitnah-fitnah yang ditohmahkan, kata (bahawa) kita akan rosakkan ekonomi, perbuatan kita ekstrim dan macam-macam.

"Tapi saya nak kongsi di sini, sebenarnya yang kita buat pada 2013. Saya rasa ini pun sebahagian daripada Red Army. Red Bean Army yang mula bergerak daripada 2011 secara terancang," katanya dalam satu sidang media.

Beliau mendakwa 'Red Bean Army' itu mula kempen secara dalam talian pada 2011 dengan menyeru memboikot satu jenama roti.

"Mereka kata boikot Gardenia kerana ia adalah (jenama yang dikaitkan dengan) Umno, ini dikaitkan dengan politik, tapi saya pun tak tahu sejak bila Gardenia jadi jenama Umno.

"Dia nak merosakkan atau memburukkan, nak jatuhkan umno," katanya.

Kumpulan Red Bean Army, didakwa dianggotai 200 cybertrooper yang didakwa diupah oleh DAP sebanyak RM108 juta sejak enam tahun lalu.

Ia mendapat liputan meluas dalam akhbar Utusan Malaysia dan News Straits Times. DAP menafikan dakwaan berkenaan dan menyatakan ia hanyalah khayalan Utusan.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP