Sunday, 26 May 2013

Nazir Razak CEO Terbaik

KETUA Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Datuk Seri Nazir Razak dipilih sebagai CEO Terbaik di Malaysia manakala Ketua Pegawai Kewangan Malaysia Airports Holdings Bhd Faizal Mansor, dipilih sebagai CFO Terbaik pada undian tahunan ke-13 FinanceAsia bagi syarikat terbaik Asia.

Menurut FinanceAsia, keputusan itu adalah berasaskan undian yang dikumpul daripada beratus-ratus pelabur dan penganalisis di rantau ini.

DiGi.com Bhd diundi terbaik dalam tiga kategori - syarikat terbaik dalam pengurusan, tanggungjawab sosial korporat dan paling komited dalam dasar dividen yang kukuh.

Sementara itu, Maybank pula dipilih bagi anugerah tadbir urus Korporat terbaik di Malaysia manakala AirAsia diundi terbaik dalam perhubungan pelabur.

Syarikat modal pertengahan terbaik dalam undian itu diraih KPJ Healthcare, dan Naim Holdings pula terbaik dalam kategori syarikat bermodal kecil.

- Bernama

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP