Wednesday, 22 May 2013

Kematian Tahanan, Kes Paling Kejam Selepas Kugan..

KES terbaru kematian dalam tahanan melibatkan N Dharmendran dianggap yang terburuk selepas kematian A Kugan pada 2009.

Peguam keluarga mangsa N Surendran (kiri) berkata, kedua-dua telinganya dikokot (staple) dan terdapat beberapa tanda pukulan di paha dan belakangnya.


"Terdapat bukti fizikal terdapat pukulan dan deraan di bahagian depan paha dan belakang badan, terdapat tanda pukulan di belakang dan bengkak.

"Telinganya dikokot dan besi kokot masih tertinggal, yang boleh dilihat dengan jelas

"Ini kes paling teruk pernah saya lihat selepas Kugan," kata Surendran, yang juga anggota parlimen Padang Serai.

Surendran antara yang dibenarkan melihat mayat Dharmendran bersama ahli patologi dan anggota keluarga di Hospital Kuala Lumpur.

- mkini


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP