Thursday, 23 May 2013

DAP Akan Merusuh?

Kit Siang : Demonstrasi bukan cara DAP

SEGAMAT – Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyelar tuduhan sesetengah pihak yang mendakwa parti itu berniat mengguling kerajaan menerusi demonstrasi jalanan.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah menolak tuduhan itu yang disifatkan demonstrasi bukan cara DAP.

“Kami (DAP) tidak akan melakukan perkara yang membuang masa seperti ini. DAP sudah 47 tahun ditubuhkan dan telah melalui 10 pilihan raya umum negara.

“Sepanjang tempoh berkenaan, DAP hanya menunjukkan ketidakpuasan hati terhadap sistem pilihan raya negara sahaja. Kami tidak takut menerima keputusan. Saya sendiri pernah kalah pilihan raya,” katanya yang mengadakan lawatan ke Segamat, semalam.

Tegasnya, tuduhan yang mengatakan DAP menggunakan kekerasan juga tidak berasas dan  parti itu nekad mengemukakan petisyen di mahkamah terhadap keputusan PRU13.

Mengulas mengenai lawatannya ke Segamat, Kit Siang berkata ia adalah  bertujuan meninjau perkembangan Adun Jementah, Tan Chen Choon dan seterusnya ke Muar, Bentayan dan Bakri.

“Saya akan berbincang dengan mereka (wakil rakyat DAP) mengenai persediaan yang harus dibuat untuk meningkatkan mutu perkhidmatan mereka kepada rakyat,” katanya.

- sinarharian

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP