Thursday 30 May 2013

SPR Nak Jumpa Rafizi.. Berani Ke??

SHAH ALAM – Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar mengulangi pendirian beliau untuk bersemuka dengan ketua jawatankuasa #siasatPRU13, Rafizi Ramli.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat, Rafizi sepatutnya mengadakan jalinan kerjasama yang baik dengan SPR.


“Lebih baik saya bersemuka dengan beliau kerana banyak aduan dan dakwaan yang dilakukan oleh beliau, tidak perlu dialog atau forum.

“Sebagai wakil rakyat baru, hubungan dengan SPR patut dirapatkan,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau berkata, Rafizi tidak perlu memusuhi SPR kerana badan itu sentiasa ikhlas menjalankan tugas seperti mana diamanahkan.

“Saya sedia untuk dengar aduannya, kalau berkait dengan soal teknikal, saya akan aturkan dengan bahagian tersebut untuk beri penerangan kepada beliau, kalau berhubung dasar SPR saya boleh jelaskan,” katanya.

Wan Ahmad turut mengingatkan parti politik untuk menerima keputusan PRU13 dan jika ada yang tidak berpuas hati, maka mereka boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Mengulas mengenai desakan beberapa pihak yang mahu beliau meletak jawatan kerana didakwa gagal menguruskan PRU13 dengan baik, beliau berkata, pihaknya tidak bias kepada sesiapa, menjalankan tugas dengan saksama.

“Pengerusi dan timbalan pengerusi datang dan pergi, bila kita dilantik kita lakukan dengan sebaik mungkin," katanya.

Semalam, Rafizi dalam sidang medianya di Pejabat PKR mencadangkan Timbalan Pengerusi SPR itu hadir di forum yang akan diaturkan nanti.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP