Walaupun beberapa siri tangkapan telah dilakukan oleh pihak polis berhubung bantahan dakwaan penipuan pilihan raya, namun Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau akan terus berjuang bersama rakyat.
"Penangkapan dah bermula. Di akhirnya nanti kita tahulah siapa yang kena.
"Tapi saya nak beritahu, kalau tujuan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib (Razak) atau Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) nak buat penangkapan ini untuk beri isyarat pada saya untuk takutkan saya, saya nak beritahu, saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama," katanya diikuti tepukan hadirin.
Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 20,000 hadirin dalam perhimpunan "blackout 505" yang diadakan di Kuala Ibai, Terengganu malam tadi.
Turut hadir untuk memberikan ceramah ialah Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu serta Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.
Perhimpunan "blackout 505" di Terengganu malam tadi merupakan salah satu destinasi Anwar dalam siri jelajah ke seluruh negara bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.
Semalam, pihak polis menahan MP Batu, Tian Chua, aktivis Haris Ibrahim dan aktivis PAS Tamrin Ghafar dalam operasi berasingan yang dipercayai berhubung perhimpunan untuk membantah dakwaan penipuan pilihan raya Sabtu ini.
Ketiga-tiga mereka telah ditahan dibawah Akta Hasutan dan di bawa ke Balai Polis Jinjang.
Selain individu terbabit, polis turut menyiasat enam lagi pemimpin Pakatan dan aktivis selepas pilihan raya umum ke-13, atas kesalahan berbeza.
Ia termasuk ADUN Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad, aktivis siswa Adam Adli Abdul Halim, MP Pandan Rafizi Ramli, pengasas DAP Dr Chen Man Hin, MP Taiping Nga Kor Ming dan MP Serdang Ong Kian Ming.
Friday, 24 May 2013
'Saya tetap akan berjuang selagi rakyat bersama-sama'
PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Semuanya boleh berlaku . Pengkhianat yang mengkhianat kumpulan politik boleh menjadi Perdana Menteri,Menteri dan pelbagai jawatan. ...
-
Isu Nabil maharaja lawak mega 2013 yg tidak sensitif memalukan juri nampak desperate sungguh cuba buat lawak agak bodoh dan kes ini ju...
0 comments:
Post a Comment