Tuesday 7 May 2013

Jawatan MB Selangor - Hasan Ali Jangan Menyibuk Laa..



Malang bertimpa-timpa buat Hasan Ali. Kalau lah tidak kerana ketamakan dan kebodohan diri sendiri, sudah tentu jawatan menteri besar Selangor dah jadi milik aku.. Itulah agaknya yang bermain di kepala manusia busuk ini sekarang. Sudah tiga malam tidur malamnya diganggu mimpi ngeri akibat perbuatan bodohnya semasa berada dalam PAS..

Bagi menjayakan bisikan iblis dan syaitan yang bersarang kukuh dalam dirinya akibat sifat hasad dan dengki dengan kejayaan Pakatan Rakyat menawan kembali Selangor dengan majoriti yang hebat maka mulalah manusia yang bernama Hasan Ali merekacipta fitnah jahat agar kesepakatan Pakatan Rakyat di negeri Selangor retak akibat persengketaan memilih menteri besar yang baru.

Adalah diharapkan Pakatan Rakyat terutamanya parti Pas tidak terpengaruh dan terlalu angkuh dengan jumlah kerusi yang telah mereka menangi. Ingatlah bahawa tanpa kejayaan pemerintahan lalu yang diketuai Datuk Khalid Ibrahim yang telah banyak menyumbang kepada kemenangan Pakatan Rakyat terutamanya Pas hari ini.

Ambillah iktibar apa ynga telah terjadi kepada kerajaan Pas Terengganu dan terbaru kehancuran kerajaan Pas Kedah. Jangan kerana sifat tamak yang bercambah di kalangan pimpinan Pas semuanya yang terhidang kini akan hilang dalam sekelip mata ibarat pepatah 'yang dikejar tak dapat yang dkendong pula keciciran'.


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP