Saturday 11 May 2013

Siasatan Tekanan Polis Bazir Sumber Polis

PETALING JAYA Pengarah Komunikasi KEADILAN, Nik Nazmi Nik Ahmad individu pertama yang dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya untuk disoal siasat berhubung Himpunan Suara Rakyat Suara Keramat: Bantah Penipuan PRU 13 di Kelana Jaya.

Beliau merupakan antara 28 pemimpin Pakatan Rakyat yang berucap pada himpunan itu Rabu lalu dan semua mereka disiasat di bawah Akta Himpunan Aman dan Akta Hasutan.

"Saya dipanggil polis untuk memberi keterangan di bawah Seksyen 112 Kanun Keseksaan berkaitan isu notis pemberitahuan program himpunan dan kandungan ucapan saya," kata Nik Nazmi ketika ditemui selepas selesai sesi keterangan petang ini.

Menurutnya, proses siasatan akan diteruskan dengan memanggil lain-lain pemimpin terlibat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Setia itu menyifatkan, siasatan tersebut sebagai tekanan politik kepada Pakatan Rakyat terutama selepas pilihan raya.

"Ini adalah satu bentuk tekanan politik, pembaziran sumber polis dan intimidasi terhadap Pakatan selepas pilihan raya," katanya.

Selain beliau, individu lain turut dipanggil hari ini, Ahli Jawatankuasa KEADILAN Cabang Kelana Jaya, Fazli Sulaiman yang bertanggungjawab menghantar notis pemberitahuan program.

Nik Nazmi diwakili peguam, Eric Paulsen.

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP