Thursday, 30 May 2013

Taktik Undi 2 Kali SPR Dikesan

KEADILAN hari ini mendedahkan bukti terbaru berhubung helah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pilihan raya lalu bagi membolehkan pengundian dibuat lebih dari sekali.

Naib Presidennya, Fuziah Salleh berkata, beberapa hari sebelum hari mengundi, SPR mengeluarkan tatacara proses pengundian bagi mengatasi masalah kesesakan di saluran tempat mengundi, dan garis panduan itu turut diserahkan kepada Pengarah Pilihan Raya setiap parti tetapi tanpa sebarang taklimat.


"Menerusi tatacara tersebut, kerani SPR dibolehkan untuk membuka buku daftar pemilih yang baru sekiranya terdapat lebih 20 orang beratur bagi setiap saluran, dan mereka boleh membuka sehingga tiga buku daftar pemilih,” kata Fuziah dalam sidang media di ibu pejabat parti hari ini.“SPR telah memberi ruang kepada satu keadaan yang membolehkan pengundian lebih dari sekali berlaku kerana buku tersebut tidak bertanda.

Sekiranya pengundi datang lagi sekali selepas mengundi, buku itu boleh ditanda lagi untuk kali kedua,” jelasnya.Ahli Parlimen Kuantan itu turut menunjukkan salinan laporan polis oleh saksi yang dibenarkan SPR mengundi sebanyak dua kali.“Ia terjadi kepada Fadli Kaharuddin yang mengundi di saluran empat, Sekolah Kebangsaan Sungai Isap (Kuantan).

Selepas mengundi lebih kurang jam 10 pagi dia pulang ke rumah dan mendapati dakwat kekal boleh dibasuh.“Marah dengan keadaan itu, lebih kurang jam 1.15 petang beliau kembali ke sekolah tersebut untuk menguji samada boleh mengundi lagi, dan mendapati dia dibenarkan mengundi sekali lagi,” jelas Fuziah.Fadli bagaimanapun tidak membuang undi tetapi membawa kertas mengundi dan menyerahkan kepada polis lalu membuat laporan.

"Tapi apa yang (Datuk) Wan Ahmad (Wan Omar) kata, pemuda tersebut boleh didakwa kerana mengundi dua kali dan bawa kertas keluar,” katanya.“Justeru, apabila kita kaji, ini rancangan SPR yang membolehkan penipuan berlaku, dan ia berkemungkinan berlaku di seluruh negara,” tegasnya. ~keadilandaily


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

1 comments:

Carlos Santiago 30 May 2013 at 13:15  

kalau penipuan dibuat dan dikesan. yg melapor tu juga boleh dikenakan tindakan. WTF. maknanya semuanya telah dirancang. apa kemungkinan akan berlaku

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP