Thursday 2 May 2013

TERKINI - Blogger Milo Suam Ditahan Polis

Yusuf Al Siddique Bin Suratman atau lebih dikenali sebagai Milo Suam, sempena nama blognya; MiloSuam blogspot yang baru-baru ini menulis kemungkinan berlaku penipuan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam blognya, ditahan polis malam ini dan dibawa ke Bukit Aman.

Media online; Keadilan daily dalam laporannya lewat malam ini yang turut menyebut, sepasukan polis juga datang ke ibu pejabat KEADILAN di Merchant Square di Petaling Jaya.


“Blogger Milo Suam ditahan polis dan dibawa ke Bukit Aman. Polis juga sekarang berada di hadapan Ibu Pejabat Keadilan di Merchant Square,” kenyataan itu dipetik.

Beberapa laporan polis dibuat terhadap pemuda berusia 29 tahun; Milo Suam atau Yusuf Al Siddique Bin Suratman yang pernah menyiarkan artikel dan gambar mendakwa anggota polis mengundi lebih awal dari tarikh sebenar.


Laporan itu dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Yusuf Al Siddique Bin Suratman atau MiloSuam, berasal dari Kampung Sungai Bagan Darat, Sri Merlong, Rengit, Batu Pahat, melalui blognya MiloSuam blogspot telah memaparkan kekeliruan yang didakwanya ditimbulkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR berkaitan undi pos dan undi awal.

Ironinya, blogger pro-Umno, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris yang kerap memapar kandungan video fitnah lucah tidak pula ditangkap walaupun berpuluh-puluh laporan polis dibuat orang awam walaupun kesalahannya terang-terangan menyalahi peruntukan undang-undang

Di Malaysia, polis bertindak, menahan dan mendakwa orang awam secara rambang seakan menjadi perkara biasa. Dalam banyak insiden, polis bertindak mengikut arahan pemimpin Umno demi menjaga periok nasi mereka. Soal maruah dan harga diri, seakan telah pupus dikalangan majoriti anggota polis Malaysia.

Di Malaysia, polis dan majoriti penjawat awam bertukar dari perompak, penyamun dan perasuah kepada ulama hanya selepas pencen!

- kerajaan rakyat


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP