Monday 13 May 2013

Tunjuk Bukti Cina Rancang Rampas Kuasa

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mendesak bekas hakim mahkamah rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah menunjukkan bukti terhadap dakwaannnya bahawa masyarakat Cina cuba "merampas kuasa politik" daripada orang Melayu dalam pilihan raya umum lalu.

"Bolehkah Datuk Mohd Noor memperlihatkan bukti bagi menyokong tuduhannya bahawa orang Cina sedang mengatur untuk merampas kuasa politik daripada orang Melayu?" soalnya.

Lim sebaliknya berkata, kenyataan "mengugut" itu bertujuan menutup kegagalan menjawab isu rasuah oleh pelbagai bangsa dalam BN.

Beliau yang juga ketua menteri Pulau Pinang juga mempersoalkan peranan Mohd Noor kini yang menjadi ahli jawatankuasa aduan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memerangi rasuah.

"Apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan SPRM membenarkan siasatan politik wang dan rasuah dikompromi, jalan mudah untuk keluar ialah dengan mengeksploitasi kebencian kaum bagi menyorokkan kegagalan mereka," katanya.

Mohd Noor antara lainnya menyeru golongan Melayu agar bertindak lebih agresif untuk mempertahankan hak serta menyusun semula masyarakat, ekoran keputusan pilihan raya umum 5 Mei.

Bercakap dalam seminar yang membincangkan mengenai kesan pilihan raya, Mohd Noor menyeru demikian kerana orang Cina didakwanya mengkhianati ikatan setia kawan orang Melayu melalui usaha merampas kuasa politik.

- mkini

PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP