Monday 1 July 2013

Cadang Tutup Bazar Ramadan - Fitnah Utusan

Fitnah bodoh, hasutan jahat Utusan terhadap DAP

KUALA LUMPUR, 1 JULAI: Utusan Malaysia menerusi edisi Ahad, Mingguan Malaysia terus menabur fitnah dan pembohongan apabila menokok-tambah kenyataan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara,Tony Pua konon mencadangkan pasar Ramadan ditutup rentetan isu Jonker Walk di Melaka.

Fitnah jahat itu dilihat dengan sengaja memainkan api perkauman semata-mata demi menimbulkan politik kebencian dan meraih simpati terhadap kekalahan besar Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu.


Mingguan Malaysia dalam kolum Awang Selamat mendakwa, “Pemimpin DAP, Tony Pua dalam reaksinya mengeluarkan kenyataan provokatif beliau mencadangkan pasar Ramadan turut ditutup kerana didakwa menyebabkan kesesakan lalu lintas”.

Pua ketika dihubungi Roketkini.com berkata, tuduhan itu adalah fitnah tidak berasas dan dangkal.

“Terang dan jelas ini satu pembohongan dahsyat, bila saya berkata begitu,” ujarnya.

Sedangkan Pua dalam kenyataannya Rabu lalu hanya berkata “Kami menyeru kerajaan Melaka segera menarik balik pengharaman pasar malam Jonker Walk dan berhenti menggunakan alasan ‘mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas’ seolah-olah alasan yang sama juga boleh digunakan untuk menutup semua pasar malam dan pasar tani di seluruh negeri dan negara.”

Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia dalam tulisannya juga menambah bahawa ‘kenyataan yang dikeluarkan Tony Pua’ menyinggung perasaan umat Islam dan mengambil mudah perasaan umat Islam.

Lebih membingungkan, beliau meminta Pua keluar berhijrah dari Malaysia jika “tidak suka dengan suasana dan kewujudan pasar Ramadan.

“…elok sahaja beliau (Pua) berhijrah ke Taiwan atau Hong Kong,” kata Awang Selamat yang sering mengeluarkan kenyataan provokatif, menimbulkan prasangka buruk, fitnah dan kekeliruan dalam tulisannya.

Pada Julai 2012 lalu, Timbalan Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zaini Hassan sendiri dalam satu seminar bersama cybertrooper BN pernah berkata, “Kita boleh spin, macam mana kita nak spin sesuatu fakta supaya memihak kepada kita, itu okay.”

Apa pun pembohongan yang disebarkan Utusan Malaysia, kredibiliti akhbar itu semakin buruk apabila banyak kali kalah saman akibat memfitnah pemimpin DAP dan Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

Utusan Malaysia mencipta rekod sebagai akhbar paling banyak kalah saman fitnah antaranya kalah kepada Karpal Singh, Lim Guan Eng, bekas MB Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan ramai lagi.

Dengan segala rekod pembohongan jijik dan fitnah jahat bertujuan mencetuskan ketegangan kepada keharmonian masyarakat majmuk Malaysia, persoalannya, adakah Utusan Malaysia sedia untuk kalah lagi.

- Roketkini.com


PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP