Friday 1 March 2013

P.I. Bala - Perkasa buat laporan polis

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) membuat tiga laporan polis menuntut supaya polis menjalankan siasatan terhadap penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang tiba-tiba kembali semula ke tanah air selepas menghilangkan diri sejak beberapa tahun lalu.

Laporan itu dibuat pukul 2.30 petang ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi di sini.

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris berkata, punca Balasubramaniam keluar dari persembunyian perlu disiasat kerana dipercayai bertujuan membantu pakatan pembangkang menghasut orang ramai dalam kempen pilihan raya akan datang.

"Perkara ini jelas kerana dia dilaporkan telah menghadiri beberapa siri ceramah anjuran pembangkang.

"Dalam ceramahnya, dia dengan berani menimbulkan kembali isu kematian Altantuya Shariibu dan mengaitkan kematian itu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut.

Katanya, Balasubramaniam turut dituntut segera mengemukakan bukti kukuh terhadap tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri dan bukan hanya mencanang dakwaan berbentuk retorik semata-mata.

Sementara itu, Yang Dipertua Perkasa Wilayah Persekutuan, Sharifuddin Abdul Hamid berkata, Balasubramanian juga perlu disiasat punca kewangannya sepanjang tempoh bersembunyi di luar negara.

"Kita perlu tahu siapa yang telah menyalurkan bantuan kewangan kepada Balasubramaniam dan keluarganya ketika dia melarikan diri dan bersembunyi di luar negara," ujarnya.

Balasubramaniam yang sebelum ini bersembunyi di luar negara pernah dikaitkan dengan perancangan pihak tertentu termasuk beberapa pemimpin pembangkang berhubung akuan bersumpah menuduh Najib terlibat dalam kes pembunuhan Altantuya.

-utuseks.com




PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP