Saturday, 30 March 2013

Mukhriz 'Tendang' Ahmad Bashah..

Calon BN Kedah pada pilihan raya umum akan datang belum dimuktamad namun mereka yang boleh menang sahaja yang akan dipilih, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir.

Beliau berkata Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak masih mahu melihat pandangan beberapa pihak lain sebelum memuktamad senarai calon walaupun keutamaan adalah senarai yang dikemukakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah.


"Dalam pertemuan dengan Perdana Menteri semalam, beliau meletakkan calon mesti boleh menang sebagai kriteria utama untuk dipilih," kata Mukhriz kepada pemberita di Jerlun hari ini.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menyaksikan penyerahan perjanjian kolaborasi antara Malaysia Automotive Institute dengan Institut Latihan Perindustrian Jitra dan Politeknik Sultan Abdul Halim.

Beliau berkata perbincangan dengan Najib turut menyentuh usaha menawan kawasan kuat pembangkang.

Katanya calon yang bakal ditampilkan kali ini melalui proses tapisan ketat termasuk oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan dari segi kesihatan.

Terdapat keseimbangan antara calon lama dan baru yang pertama kali dipilih bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri dan Parlimen, tambahnya.

Mengenai komen Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bahawa bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak lagi berpengaruh kerana kerap turun berjumpa rakyat, Mukhriz berkata beliau tidak perlu risau dengan komen itu yang membawa maksud Azizan merasa tergugat dengan keadaan demikian.

- Bernama



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP