KUALA LUMPUR, 29 Mac – Badan yang memayungi pertubuhan penganut agama Hindu mengatakan hari ini mereka pernah mengadu tentang penghinaan terhadap agama Hindu dibuat oleh Datuk Zulkifli Noordin , akan tetapi tiada tindakan diambil “kerana beliau adalah seorang Muslim.”
Hindu Sangam memberitahu hari ini video mengenai kenyataan Zulkifli yang dikatakan pembangkang sebagai satu serangan terhadap agama Hindu, telah mula keluar pada tahun 2001.
“Pada ketika itu kami telah memberitahu kerajaan, tetapi mereka enggan mengambil tindakan kerana beliau adalah Muslim dan naib presiden Perkasa,” kata Presiden Hindu Sangam Datuk R S Mohan kepada The Malaysian Insider hari ini.
“Beliau sebenarnya mengutuk agama Hindu. Kami mahu kerajaan melihat tentang ini sekali lagi,” katanya. - TT
Going 'Green' Requires Governance
1 hour ago
0 comments:
Post a Comment