Wednesday, 20 March 2013

Rosmah tangkis tanggapan 'queen control'

Datin Seri Rosmah Mansor menangkis tanggapan bahawa beliau mahu merampas peranan Datuk Seri Najib Razak sebagai perdana menteri dan bersikap “queen control” ke atas suaminya itu.

Katanya, tanggapan bahawa beliau menentukan polisi negara seperti kuasa PM itu timbul memandangkan beliau sentiasa bersama Najib.


“Orang yang mempunyai pandangan cetek sebegini wajar mengkaji sejarah dan perlembagaan negara. Macam mana saya boleh jadi perdana menteri sedangkan saya bukan ahli parlimen. Saya hanya ahli Umno biasa, tiada kuasa apa-apa,” katanya.

Jelasnya, beliau hanya ingin menjadi isteri Najib dan akan terus bersama dengan anak Tun Razak Hussein itu selagi jodoh di antara mereka berpanjangan.

“Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia,” tambahnya lagi dalam tulisan berbentuk soal jawab dalam buku yang dilancarkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, semalam.

Mengulas mengenai tanggapan bahawa beliau bersikap 'queen control' itu, Rosmah berkata perkara itu timbul daripada tohmahan pihak yang iri hati dengannya.

Sedangkan, Najib gemar berada di rumah kerana gembira dengan keadaan di rumah mereka, kata Rosmah lagi dalam buku setebal 180 halaman itu.

“Kalau suami duduk rumah orang kata kita queen control, tapi sebenarnya seorang suami yang gembira memang gemar duduk bersama keluarga di rumah dan sentiasa mahu pulang ke rumah.

“Apatah lagi sebagai perdana menteri, dia memang penat selepas seharian bekerja dan mahu segera pulang.

“Tapi kalau suami isteri asyik bergaduh tentulah malas nak balik rumah dan serabut bila sebut rumah,” katanya lagi.

Dua belas bab dalam buku itu dan memaparkan kehidupan Rosmah sejak zaman kanak-kanak, remaja, zaman persekolahan, universiti, alam pekerjaan, perkahwinan, anak-anak dan keluarga serta kehidupannya sebagai isteri Najib.



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP