Wednesday, 27 March 2013

Pakatan Rakyat tolak tempoh 10 minit muncul di RTM

PETALING JAYA 27 MAC: Pakatan Rakyat sebulat suara menolak tempoh 10 minit untuk membentangkan manifesto PRU 13 di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kesepakatan itu bertujuan menunjukkan kepada kerajaan supaya berhenti mempersendakan Pakatan dengan menawarkan ruang yang tidak ikhlas.


“Pakatan menolak tawaran 10 minit untuk muncul di media Umno BN kerana kita lihat tawaran itu hanya memperolok-olokkan sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia.

“Pakatan juga curiga sekiranya penerangan manifesto dalam tempoh singkat itu tidak disiarkan sepenuhnya,” katanya pada sidang media Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Ibu pejabat KEADILAN lewat petang semalam.

Menurut Anwar, Pakatan Rakyat akan menggiatkan lagi kempen penerangan menjelang pembubaran Parlimen tidak lama lagi.

“Kita akan memperbanyakkan program bersama antara parti komponen bagi menjelaskan manifesto Pakatan kepada rakyat di samping menangkis politik fitnah Umno yang makin berleluasa menjelang PRU,” ujarnya.

Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim; Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Ketua Publisitinya, Tony Pua.

Dalam sidang media sama, video penerangan manifesto turut dilancarkan Pua. – NS



PERINGATAN: Bloglist Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

0 comments:

Popular Posts

Blog Pro BN

POST TERDAHULU

  © Blogger templates Newspaper III by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP